Oleh yang demikian, para pelajar SMAI sangat bersemangat untuk datang ke sekolah bagi sesi 2017. Insya-Allah.
Sebelum kita bergerak ke cerita yang berikutnya, di sini terdapat sedikit perkongsian tentang aktiviti yang baharu dijalankan pada bulan Disember yang lalu.
Bertarikh 27, 28, 29 Disember, Bahagian Hal Ehwal Murid, SMAI dengan kerjasama MPP SMAI telah mengadakan menganjurkan sebuah program iaitu Program Taaruf dan Ukhuwah ( PTU ) bagi tahun 2016. Program ini melibatkan murid-murid baharu bagi kemasukan untuk sesi 2017.
Tidak lengkap sesebuah program sekiranya tiada objektif yang ditetapkan, kan?
Jadi, objektif bagi program ini ialah untuk memperkenalkan suasana sekolah yang baru pada para pelajar sekaligus merapatkan ukhuwah di antara pelajar baik peserta mahupun fasilitator.
Sekitar program,
Baiklah, seterusnya kita lihat pula perkembangan sesi persekolahan pada tahun ini.
Pada 4 Januari 2017, PK Kokurikulum bagi tahun 2017, Mlmh Yakinah telah memberikan taklimat kepada para pelajar. Taklimat ini merangkumi beberapa agenda program Kokurikulum bagi tahun 2017 seperti, Sukan dan Permainan, Kelab dan Persatuan, KRSM dan beberapa acara lain bagi tahun ini.
Antara pencapaian SMAI bagi tahun 2016 dalam KRSM ialah, kita telah menyertai Perkhemahan Nasional ( Pernas'16 ) dan berjaya mengugguli beberapa pingat dalam acara yang disertai. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar dan pihak yang terlibat bagi melancarkan perjalanan program tersebut.
Pihak sekolah amat berbangga !
No comments:
Post a Comment