Majlis Perwakilan Pelajar

Majlis Perwakilan Pelajar
Majlis Perwakilan Pelajar Sekolah Menengah Al-Islah Sungai Petani Kedah

Wednesday 4 January 2017

Sesi Persekolahan 2017

Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, pada tahun ini sekolah-sekolah di beberapa buah negeri dibuka pada hari Ahad, 1 Januari 2017. Berlainan pula dengan bagi negeri-negeri yang mengambil cuti tahun baru, sesi persekolahan mereka bermula pada 3 Januari 2017.

Oleh yang demikian, para pelajar SMAI sangat bersemangat untuk datang ke sekolah bagi sesi 2017. Insya-Allah.

Sebelum kita bergerak ke cerita yang berikutnya, di sini terdapat sedikit perkongsian tentang aktiviti yang baharu dijalankan pada bulan Disember yang lalu.

Bertarikh 27, 28, 29 Disember, Bahagian Hal Ehwal Murid, SMAI dengan kerjasama MPP SMAI telah mengadakan menganjurkan sebuah program iaitu  Program Taaruf dan Ukhuwah ( PTU ) bagi tahun 2016. Program ini melibatkan murid-murid baharu bagi kemasukan untuk sesi 2017.

Tidak lengkap sesebuah program sekiranya tiada objektif yang ditetapkan, kan?

Jadi, objektif bagi program ini ialah untuk memperkenalkan suasana sekolah yang baru pada para pelajar sekaligus merapatkan ukhuwah di antara pelajar baik peserta mahupun fasilitator.

Sekitar program,

Baiklah, seterusnya kita lihat pula perkembangan sesi persekolahan pada tahun ini.


Pada 4 Januari 2017, PK Kokurikulum bagi tahun 2017, Mlmh Yakinah telah memberikan taklimat kepada para pelajar. Taklimat ini merangkumi beberapa agenda program Kokurikulum bagi tahun 2017 seperti, Sukan dan Permainan, Kelab dan Persatuan, KRSM dan beberapa acara lain bagi tahun ini.

Antara pencapaian SMAI bagi tahun 2016 dalam KRSM ialah, kita telah menyertai Perkhemahan Nasional ( Pernas'16 ) dan berjaya mengugguli beberapa pingat dalam acara yang disertai. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar dan pihak yang terlibat bagi melancarkan perjalanan program tersebut.

Pihak sekolah amat berbangga !




Selamat Datang Ke Blog MPP SMAI !



Assalamualaikum,

Terima kasih diucapkan kepada sesiapa yang membuka blog ini baik para pelajar, guru mahupun orang awam. Blog ini secara rasminya akan dikendalikan oleh Majlis Perwakilan Pelajar ( MPP ) Sekolah Menengah Al-Islah.

Objektif blog ini diwujudkan adalah bagi merakam kenangan serta aktiviti yang dilakukan oleh para pelajar SMAI bagi sesi persekolahan, pada tahun ini dan berikutnya, sekaligus mendedahkan para pelajar tentang kepentingan mengambil tahu urusan sekolah baik dari segi peraturan, arahan, aktiviti dan sebagainya.

Pihak MPP amatlah berbesar hati untuk menggalakkan para pelajar supaya menyebarkan maklumat tentang blog ini dan diharapkan kewujudan blog ini akan diguna pakai dengan sebaiknya. Sebarang maklumat akan dimaklumkan di laman-laman berikut :

TWITTER : @mppsmai
INSTAGRAM : @mppsmai
FACEBOOK : MPP SMAI




Selamat Hari Raya Aidilfitri

Cahaya Ramadan berlalu pergi, Menyambut tibanya Aidilfitri, Ampun maaf segala peri, Semoga ikatan kekal di hati. " S...